Amerika Selatan

Polis Panama mohon maaf 'target' mirip orang Arab

Oleh AFP

Panama City: Pasukan polis Panama meminta maaf kerana mengikuti kursus latihan yang dikendalikan oleh Israel yang menunjukkan petugas menembak sasaran yang menggambarkan orang berpakaian tradisional Arab.

Kontroversi itu timbul selepas foto latihan tersebar, satu daripadanya menunjukkan seorang lelaki menunjuk pistol pada gambar orang bersenjata yang memakai apa yang kelihatan sebagai hiasan kepala orang Arab.

Gambar-gambar itu diterbitkan di Twitter oleh Polis Nasional tetapi kemudiannya ia dipadamkan.

"Kami menghormati perbezaan budaya, agama dan etnik," kata pasukan polis dalam satu kenyataan.

"Kami menyesal bahawa...situasi timbul di luar misi dan tugas kami.

"Catatan Twitter yang dipadamkan mengatakan bahawa latihan itu diatur oleh Kedutaan Israel di Panama.

Kontroversi itu mendapat teguran Jawatankuasa Solidariti Panama dengan Palestin, yang mengatakan kursus tersebut mendorong 'keganasan dan perkauman, sehingga sesiapa yang memakai jilbab atau sesuatu yang serupa diklasifikasikan sebagai pengganas'.

Disiarkan pada: October 2, 2021 @ 3:24pm
d