Amerika Selatan

Covid-19 : Angka kematian di Amerika Selatan melepasi 1.5 juta

Oleh AFP

Montevideo: Angka kematian akibat Covid-19 di Amerika Selatan melepasi 1.5 juta, semalam.

Jumlah itu diambil AFP dari angka rasmi, iaitu sekurang-kurangnya 1,500,350 kematian dengan lebih 45 juta kes virus dicatatkan.

Brazil melepasi 600,000 kematian semalam dan negara kedua paling teruk dilanda pandemik itu selepas Amerika Syarikat.

Ia diikuti Brazil seterusnya Mexico, Peru, Colombia dan Argentina juga mencatatkan kematian tertinggi.

Peru mencatatkan jumlah 605 kematian setiap 100,00 penduduk.

Di seluruh dunia, wabak ini meragut lebih 4.8 juta nyawa dengan lebih 237 juta kes penyakit dilaporkan.

AFP mengumpulkan perkiraan dengan tokoh dari pemerintah negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Disiarkan pada: October 9, 2021 @ 3:30pm
d