Amerika Selatan

Gempa kuat gegar Peru [METROTV]

Oleh AFP

Lima: Gempa bumi bermagnitud 7.5 menggegarkan utara Peru pada Ahad, memusnahkan bangunan termasuk menara gereja dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang.

AFP melaporkan, ia berlaku pada 5.52 pagi waktu tempatan dan dikesan pada kedalaman 131 kilometer, menurut Institut Geofizik Peru.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam berkata, sekurang-kurangnya 10 orang cedera, manakala 75 rumah musnah.

Gempa bumi itu turut menyebabkan kerosakan di negara jiran, Ecuador.

Pusat gempa berada 98 kilometer ke timur bandar kecil Santa Maria de Nieva, di kawasan yang didiami orang asli Amazon.

"Gegaran itu sangat kuat," kata Datuk Bandar, Hector Requejo, kepada radio RPP.

Gempa bumi kuat itu turut dirasai di hampir separuh negara, termasuk kawasan pantai dan ibu negara Lima.

Disiarkan pada: November 29, 2021 @ 9:28am
d