Amerika Selatan

Gula-gula getah dikunyah Iron Man dibida hingga RM176,500

Oleh Agensi

Los Angeles: Persoalan sanggupkah seseorang menghabiskan AS$40,000 (RM176,500) semata-mata mahu memiliki gula-gula getah yang dikunyah bintang Iron Man, akan diketahui hari ini.

Ini selepas acara bidaan untuk 'peninggalan' Robert Downey Jr itu yang dipaparkan di laman eBay akan tamat pada hari ini.

Penyenaraian eBay menetapkan permulan bidaan untuk gula-gula getah pada AS$40,147.47 (RM177,150.71), namun harga boleh meningkat lebih tinggi.

Seorang pengguna eBay mendakwa mendapat gula-gula getah Downey itu apabila bintang Marvel itu muncul pada majlis Hollywood Walk of Fame Jon Favreau bulan lalu.

"Semasa acara itu, Robert Downey Jr, sendiri meletakkan gula-gula getah itu pada bintang dan meninggalkannya di sana sebelum saya dapat mengambilnya.

"Saya mahu menjualnya dan ia boleh diuji untuk melihat DNAnya," kata peniaga ebay dalam keterangan produknya seperti dipetik New York Post.

Katanya, seketul gula-gula getah yang dikunyah Downey itu akan dihantar kepada individu yang bertuah dalam bekas plastik, namun ia tidak boleh memulangkan semula selepas urusan selesai.

Downey, 57, memberi penghormatan kepada pengarah Iron Man sebelum secara berseloroh menampal gula-gula getah itu pada lambang bintang di lantai acara itu, bulan lalu.

Disiarkan pada: April 1, 2023 @ 10:54am
d