Amerika Utara

Covid-19: FB, Twitter padam satu video Trump

Oleh Agensi

Washington: Facebook (FB) dan Twitter memadamkan satu hantaran video Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung Covid-19 yang mengandungi maklumat tidak benar.

Menerusi hantaran dan ciapan di kedua-dua laman sosial berkenaan, Trump menyatakan kanak-kanak antara kelompok individu yang 'hampir kebal' terhadap Covid-19.

CNN Business memetik kenyataan disiarkan dalam satu wawancara bersama Fox News melaporkan, hantaran pemimpin berkenaan Covid-19 adalah tidak benar.

Jurucakap Facebook menerusi satu kenyataan malam tadi berkata, kenyataan Trump dalam video berkenaan melanggar polisi media sosial berkenaan.

Langkah sama turut diambil oleh Twitter yang menyekat akaun kempen Trump sehingga menurunkan ciapan itu.

Jurucakapnya memaklumkan ciapan dimuat naik Trump turut melanggar peraturan Twitter kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai Covid-19

Menurut rekod, FB pernah menurunkan iklan yang dimuat naik oleh kempen Trump kerana menggunakan simbol Nazi pada Jun lalu.

Namun, ini kali pertama tindakan diambil terhadap presiden itu membabitkan kesalahan memuat naik hantaran maklumat palsu berkaitan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 11:59am
    d