Amerika Utara

Reka exoskeleton guna barangan terpakai

Oleh Agensi

New York City: Menggunakan barangan terpakai dan kitar semula di rumah untuk rekaan robot.

Itu kreativiti Peter Kokis atau lebih dikenali sebagai Brooklyn Transformer di New York.

Bekas juruterbang tentera itu, mula membuat rekaan popularnya, robot exoskeleton menggunakan barangan harian di rumah selepas menyahut cabaran teman wanitanya.

Menggunakan pengalamannya dalam bidang penerbangan, Kokis mula mengumpulkan barangan kitar semula di sekitar rumahnya untuk dijadikan exoskeleton mengagumkan yang kini dikenali sebagai Squid Boy.

Selepas itu, sejak bertahun-tahun Kokis membuat kostum yang diilhamkan daripada Transformers, The Terminator atau Xenomorphs of Alien.

Uniknya, rekaan robot Kokis 100 peratus menggunakan barangan kitar semula dan barangan seperti saluran longkang dapur, alat hirisan telur atau tempat tisu tandas.

Disiarkan pada: January 3, 2021 @ 7:35am
d