Amerika Utara

AS luluskan penggunaan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson

Oleh AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson untuk kegunaan kecemasan, ia kelulusan ketiga diberikan AS untuk vaksin bagi memerangi pandemik yang membunuh lebih 500,000 rakyatnya.

"Kebenaran ini memperluaskan lagi ketersediaan vaksin, kaedah pencegahan perubatan terbaik untuk Covid-19, bagi membantu kami dalam memerangi pandemik ini, yang sudah meragut lebih setengah juta nyawa di AS," kata pemangku pengarah Pentadbiran Makanan dan Ubatan, Janet Woodcock.

Disiarkan pada: February 28, 2021 @ 12:01pm
d