Amerika Utara

Penjenayah kantoi sebab 'debu' Cheetos

Oleh Agensi

Washington: Seorang wanita terkedu selepas dia ditahan polis kerana menceroboh sebuah rumah di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Penahanan Sharon Carr itu dibuat selepas polis mendapati terdapat 'debu' makanan ringan, Cheetos pada tangan dan giginya.

Penahanan itu disahkan polis di Tulsa, Oklahoma, pada Jumaat lalu.

Polis memaklumkan, pihaknya tiba di rumah berkenaan pada waktu malam selepas menerima panggilan kecemasan dari talian 911.

Laporan itu diterima daripada ibu dua anak yang melihat seorang wanita mengumpil tingkap sebelum memasuki rumahnya.

Bagaimanapun, ketika polis tiba di lokasi, suspek sudah melarikan diri.

Namun, polis menemui makanan ringan Cheetos dan sebotol air mineral di tepi tingkap yang sudah terbuka.

Disiarkan pada: March 4, 2021 @ 6:31am
d