Amerika Utara

Wanita langgar anak sampai mati, campak sungai

Oleh Agensi

Columbus: Seorang ibu muda di Ohio, Amerika Syarikat bukan sahaja membunuh anak lelakinya yang berusia 11 tahun dengan melanggar mangsa sehingga mati.

Sebaliknya, dia juga tergamak membuang mayat kanak-kanak itu di sungai bagi menutup perbuatan kejamnya itu.

Malah, Brittany Gosney, 29, mereka cerita dengan membuat laporan palsu anak lelakinya itu, James Robert Hutchinson, 6, hilang.

Pihak berkuasa curiga keterangan awal wanita itu.

Gosney kemudian disoal siasat sebelum dia akhirnya mengaku membunuh anaknya sendiri.

Jabatan Polis Middletown berkata, James dibunuh di Preble County sebelum mayatnya di bawa ke rumah mereka di Middletown dan dibuang ke Sungai Ohio, selepas itu.

Berdasarkan rekod mahkamah, tertuduh mengaku memandu ke kawasan hutan dengan niat meninggalkan James di situ.

Wanita itu melanggar anaknya itu apabila James, cuba kembali ke kereta.

"Dia meletakkan mayat anaknya dalam kereta dan memandu pulang ke rumah mereka. Dia kemudian menyimpan mayat itu di bilik tidur di tingkat atas rumahnya," katanya.

Disiarkan pada: March 8, 2021 @ 6:00am
d