Amerika Utara

AS mahu tarik balik sekatan perjalanan pelancong EU, UK

Oleh AFP

Washington: Amerika Syarikat akan menamatkan sekatan perjalanan kepada pelancong dari negara Kesatuan Eropah dan United Kingdom (UK) mulai November ini, menurut laporan.

Kelonggaran itu akan diberikan kepada individu berusia 18 tahun yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin dari negara berkaitan.

Sekatan perjalanan yang dilaksanakan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump ketika awal penularan pandemik Covid-19.

Perkembangan itu dilaporkan CNN dan Financial Times, manakala Rumah Putih tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

Menurut laporan berkenaan, peraturan baharu itu membenarkan penumpang lengkap vaksin dan mereka yang dalam percubaan klinikal vaksin yang masih belum diluluskan Britain.

Pada masa ini, hanya rakyat dan penduduk AS serta warga asing dengan visa khas dibenarkan masuk ke AS dari kebanyakan negara Eropah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 9:19am
    d