Amerika Utara

Dua kapal induk tentera AS dijual pada harga 2 sen

Oleh BERNAMA

Washington: Tentera Laut Amerika Syarikat menjual dua kapal induk pesawat udara, USS Kitty Hawk dan USS John F Kennedy kepada syarikat pemecahan kapal di Texas, masing-masing dengan harga satu sen.

"Nilai kontrak mencerminkan syarikat yang dikontrak akan mendapat keuntungan daripada penjualan keluli besi buruk, besi dan komponen bukan besi," kata agensi berita Xinhua memetik jurucakap Komander Sistem Laut Laut Alan Baribeau, pada Selasa.

Kedua-dua kapal perang itu sudah berusia dan tidak lagi berfungsi.

Bagi Kitty Hawk yang berperanan sebagai penarik kapal tunda dari Bremerton, Washington, sehingga penghujung Amerika Selatan, manakala John F Kennedy digunakan belayar dari Philadelphia Navy Yard, menurut laporan USA Today.

Kontrak dengan International Shipbreaking Limited di Brownsville, Texas, untuk penarikan, pemulihan, membuka komponen kapal dan kitar semula menjadikan kapal perang yang bertingkat itu akan segera dihapuskan dari pangkalan tentera laut itu, kata laporan itu.

Tidak ada jadual waktu yang ditetapkan untuk penghapusan dan membuka komponen kapal, kata laporan itu.

Disiarkan pada: October 6, 2021 @ 10:25am
d