Amerika Utara

Bayi setahun sudah menjelajah 16 negeri

Oleh Agensi

Washington: Bayi Amerika Syarikat (AS) berusia setahun dianggap sebagai pengembara termuda dunia kerana sudah mengelilingi seluruh pelosok negara itu.

Setakat ini, Briggs Darrington sudah menaiki 45 penerbangan untuk menjelajah 16 negeri di AS.

Bayi itu mula dibawa ibunya untuk mengembara, sejak usianya tiga minggu.

Ibunya, Jess, 28, aktif berkongsi pengembaraan bersama bayinya itu menerusi akaun Instagram @whereisbriggs.

Jess juga seorang pempengaruh () kembara turut berkongsi pengembaraan bersama bayinya itu menerusi akaun Instagramnya, part.time.tourists.

Wanita itu menetap bersama suaminya di Idaho Falls berkata, bayinya itu mampu meraih pendapatan kira-kira AS$1,000 (RM4,150) sebulan hasil perkongsian pengalaman kembara.

Selain itu, katanya, Briggs turut menjadi duta kepada jenama.

"Anak saya turut menerima tajaan lampin pakai buang, tisu basah serta trip pelancongan percuma," katanya seperti dilaporkan portal Republic World.

Disiarkan pada: October 25, 2021 @ 6:32am
d