Amerika Utara

Ikat tali hoodie di hidung 'zahir cinta'

Oleh Agensi

New York: Demi menzahirkan cinta dari perspektif unik, pasangan yang mengubah suai penampilan diri ekstrem ini mengikat tali hoodie pada hidung mereka.

Sekeping foto menunjukkan pasangan itu berbaring bersemuka dengan si lelaki memegang tali diikat terlebih dahulu melalui hidungnya.

Wanita itu yang menggunakan nama devotchka666, menyiarkan video di TikTok menunjukkan dia mengikat tali melalui hidung mereka.

Pasangan itu ketawa dan berpaling menghadap kamera,

Memetik New York Post, walaupun mereka menggunakan kaedah unik untuk menyatakan cinta mereka, pasangan itu masih tidak menandingi cara satu lagi pasangan iaitu Victor dan Gabriela Peralta,

Suami isteri dari Buenos Aires, Argentina, itu memegang rekod dunia sebagai bilangan pengubahsuaian badan terbanyak iaitu 84.

Gabungan mereka mempunyai 50 tindikan, lapan mikrodermal, 14 implan badan, lima implan pergigian, empat pengembang telinga, dua bolt (batang logam) pada telinga dan satu lidah bercabang.

PASANGAN yang tular mengikat tali hoodie pada hidung masing-masing.

Disiarkan pada: January 23, 2022 @ 7:02am
d