Amerika Utara

J Lo, Ben Affleck berkahwin di Las Vegas [METROTV]

Oleh AFP

Los Angeles: Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck berkahwin di Las Vegas, Sabtu lalu, 18 tahun selepas hubungan mereka terputus, menurut dokumen mahkamah.

Ia berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, yang dilihat oleh AFP.

Pasangan itu berkenalan pada sesi penggambaran filem Gigli pada 2002.

Hubungan mereka kemudian mendapat liputan meluas media, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003.

Kedua-duanya kemudian mengumumkan berpisah pada awal 2004.

Pasangan yang digelar sebagai Bennifer kembali hangat diperkatakan tahun lalu apabila gambar mereka dilihat bersama, tersebar.

Lopez, 52, dan Affleck, 49, mengumumkan pertunangan pada April lalu.

Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan kedua untuk Affleck.

Lopez sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Ojani Noa; penari, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka mempunyai anak kembar Max dan Emme, 14.

Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10.

Disiarkan pada: July 18, 2022 @ 8:22am
d