Amerika Utara

Ular paling kecil di dunia

Oleh Agensi

Washington: Saiz kecil berukuran sekitar 10 sentimeter (sm) menjadikan ular kecil Barbados atau nama saintifiknya, Tetracheilostoma carlae sebagai ular terkecil di dunia.

Oddity Central melaporkan, oleh kerana saiznya yang kecil, ular itu kemungkinan disangka cacing tanah bagi yang pertama kali melihatnya

Spesimen terbesar ular itu yang pernah ditemukan hanya berukuran hanya 10.4 sm, dan menariknya reptilia ini juga buta.

Haiwan itu mempunyai berat di bawah satu gram dan cukup kecil untuk berlingkar pada duit syiling 25 sen Amerika Syarikat.

Spesies itu secara rasmi ditemukan berkeliaran di bawah batu di kawasan hutan di Barbados, oleh ahli biologi evolusi, S Blair Hedges, pada 2008.

Ular ini adalah salah satu daripada banyak spesies haiwan yang endemik di negara di kepulauan Caribbean itu.

Ia mengesahkan pemerhatian yang dibuat sejak zaman Charles Darwin bahawa pulau itu adalah habitat kepada hidupan bersaiz lebih besar dan terlampau kecil.

Ular kecil itu dilaporkan sukar untuk dikaji kerana menyerupai cacing tanah, dan lazimnya hidup di dalam tanah iaitu di bawah batu dan balak, sehingga hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenainya.

Haiwan itu dianggap makan anai-anai dan larva semut serta bergantung kepada hutan untuk terus hidup.

Malangnya, pergantungan ular ini kepada hutan boleh menyebabkannya ia pupus dalam masa terdekat.

Disiarkan pada: October 2, 2022 @ 1:24pm
d