Amerika Utara

Dua beradik lahirkan kembar seiras

Oleh Agensi

Washington: Satu keluarga terkejut apabila dua beradik perempuan masing-masing mengandung kembar seiras pada masa yang sama.

Megan O'Brien, 29, melahirkan Lilah dan Josie pada 21 November tahun lalu, manakala kakaknya, Sara Seyler, 32, melahirkan Lennon dan Parker hanya tiga bulan kemudian di Doylestown, Pennsylvania, di Amerika Syarikat.

Portal Metro UK melaporkan, pasangan adik-beradik itu kebetulan hamil pada masa yang sama, dan hamil anak kembar.

Sara berkata, dia pada mulanya gementar untuk memberitahu Megan dia hamil.

Ia kerana Sara sudah pun mempunyai anak dan dia tidak mahu Megan terasa kerana itu adalah kelahiran pertama untuk adiknya.

Tetapi adik-beradik itu suka menjalani kehamilan bersama-sama kerana sama-sama berkongsi pengalaman.

Adik perempuan itu berkata: 'Saya menjawab FaceTime dan Sara menangis dan saya fikir: "Ya Tuhan, apa yang salah"?

"Kemudian, dia memegang gambar ultrabunyi dan terdapat dua bayi. Saya menitiskan air mata, (kerana dia juga hamil anak kembar," katanya.

Adik-beradik itu berkata adalah mudah untuk membiasakan diri dengan kembar itu kerana mereka berasal dari keluarga besar dan mendapati huru-hara 'agak normal'.

Disiarkan pada: October 21, 2022 @ 3:31pm
d