Amerika Utara

Ibu sibuk mencuri, anak terperangkap dalam kereta terbakar

Oleh Agensi

Washington: Wanita ini tergamak meninggalkan anaknya dalam kenderaan kerana mahu mencuri, namun nasib malang menimpanya apabila kereta itu terbakar.

Memetik laporan Fox 35, polis berkata, Alicia Moore, 24, dari Florida didakwa meletakkan keretanya di luar gedung membeli-belah, Oviedo Mall.

Katanya, wanita itu ditahan atas dakwaan meninggalkan dua kanak-kanak dalam kenderaan yang diparkir.

Kenderaan itu tiba-tiba terbakar dan merebak dengan cepat memaksa pelanggan berhampiran membantu mengeluarkan kanak-kanak itu sedangkan wanita itu dilaporkan sibuk mencuri barangan dalam kedai.

Sejam selepas itu, wanita itu keluar dan mendapati keretanya terbakar sepenuhnya sebelum meninggalkan barangan curi.

Kedua-dua anaknya dibawa ke hospital. Seorang daripadanya melecur tahap pertama di muka dan telinga mereka.

Dalam satu video dikongsi City of Oviedo menunjukkan, api dengan cepat merebak dan menjilat kenderaan itu hingga musnah.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 11:54am
d