Asia

China ambil alih Konsulat AS di Chengdu

Oleh BERNAMA

Beijing: Pihak berkuasa China pada Isnin ambil alih Konsulat Amerika Syarikat (AS) di bandar Chengdu, lapor Agensi Anadolu memetik media rasmi.

Menurut Global Times, pihak berkuasa China memasuki konsulat itu pada awal pagi.

Langkah itu diambil selepas konsulat China di Houston, Texas ditutup pada Jumaat.

AS menuduh penggodam China mencuri maklumat dari syarikat di Texas yang terbabit dalam penyelidikan Covid-19.

Kementerian Luar China membantah tindakan Washington itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan "yang sah dan dirasakan perlu."

Berita berkaitan

China arah konsulat AS di Chengdu ditutup

Ada lagi kedutaan, konsulat China ditutup?

Tutup konsulat: China anggap 'provokasi politik'

Disiarkan pada: July 27, 2020 @ 3:46pm
d