Asia

Mahu saman isteri 'ceroboh' akaun Whatsapp

Oleh Agensi

Riyadh: Berang selepas isterinya mengakses akaun WhatsAppnya secara sembunyi, seorang lelaki di Arab Saudi memikirkan untuk menyaman wanita itu.

Portal Saudi Gazette melaporkan ia selepas lelaki itu menyedari bahawa isterinya sudah memantau 'pergerakannya' dengan cara itu selama sembilan bulan.

Akibatnya, si suami nekad mengambil tindakan itu.

Lelaki itu juga menganggap tingkah laku isterinya sebagai pengintip dan jenayah siber.

Difahamkan, isterinya yang juga seorang guru berjaya mengakses akaun WhatsApp suaminya dan menyalin semua data termasuk klip video.

Media melaporkan wanita itu ketika dihubungi wartawan enggan mengulas berhubung perkara itu.

Dia juga mengesahkan dia sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia mendakwa enggan memberi penjelasan bagi mengelak daripada membuka aib rumah tangganya.

Bagaimanapun, pada masa ini, lelaki itu memilih untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sementara itu, seorang pakar keselamatan siber, Bushra Al-Hout mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan rangkaian wifi percuma di tempat awam.

Katanya, ia termasuk di kafe dan hotel dan di lapangan terbang,

Menurutnya, langkah itu hanya memudahkan penggodam menceroboh data peribadi mereka dari WhatsApp. - Agensi

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 7:00am
d