Asia

Tiga vaksin diuji di India

Oleh AFP

NEW DELHI: India bersedia menghasilkan vaksin Covid-19 secara besar-besaran sebaik sahaja mendapat kelulusan saintis, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

Dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan India semalam, beliau turut melancarkan projek nasional bagi menggerakkan identiti kesihatan untuk setiap rakyat negara itu melalui Misi Kesihatan Digital Nasional.

Dalam sambutan secara kecil-kecilan berikutan pandemik Covid-19, Modi menekankan, kebergantungan kendiri pada kesihatan dan ekonomi kunci utama pentadbirannya.

"Bukan satu atau dua, sebaliknya ada tiga vaksin Covid-19 yang diuji di India. Negara kini bersedia untuk penghasilan besar-besaran.

"Malah, kita juga bersedia mengedarkan vaksin ini kepada setiap rakyat India dalam tempoh bersesuaian," katanya.

Beliau menyampaikan ucapan Hari Kemerdekaan India kali ini dari tembok pertahanan Kubu Merah di kuarters lama di Delhi sambil memakai serban oren dan putih serta menutup mulut dan hidungnya dengan skaf warna sama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 16, 2020 @ 7:15am
    d