Asia

Abe masuk hospital

Oleh BERNAMA

Tokyo; Perdana Menteri Shinzo Abe, pada Isnin, dilaporkan sekadar menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Tokyo, walaupun terdapat khabar angin mengenai tahap kesihatan pemimpin nombor satu Jepun itu, lapor agensi berita Xinhua.

Kyodo News melaporkan Abe ke Hospital Universiti Keio di ibu negara itu sehari selepas bekas Menteri Ekonomi, Akira Amari berkata kepada satu program televisyen, perdana menteri perlu berehat dan mungkin mengalami keletihan.

Abe, 65, semasa memegang jawatan perdana menteri pada akhir September 2006, pernah secara tiba-tiba mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2007, dikatakan kerana menghidap penyakit berkaitan usus.

Pada awal bulan itu juga, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga menafikan perkara itu: "Saya melihat perdana menteri setiap hari, dan saya rasa dia sama sekali tidak mempunyai masalah kesihatan dan telah melaksanakan tugasnya dengan lancar".

Seorang pegawai kerajaan pada Isnin berkata perdana menteri menjalani pemeriksaan kesihatan selama sehari di sebuah hospital di Tokyo.

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 11:50am
d