Asia

Covid-19: Parlimen Korea Selatan ditutup lagi

Oleh AFP

Seoul: Bangunan Parlimen Korea Selatan ditutup pada Khamis selepas seorang daripada wakil media yang membuat liputan di bangunan itu disahkan positif Covid-19.

Keputusan itu dibuat pegawai kerajaan yang bermesyuarat pada malam Rabu.

Susulan kejadian, 10 ahli Parti Demokrat dan pengerusinya terpaksa menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin.

Parti pembangkang turut menangguhkan semua mesyuarat yang dijadualkan sebelum ini.

Dalam pada itu, media melaporkan pemberita itu dikatakan dijangkiti Covid-19 selepas berjumpa dengan seorang saudaranya, pada hujung minggu lalu.

Difahamkan, ketika membuat liputan di Parlimen, pemberita itu berada berhampiran dengan 50 orang, termasuk ahli Parlimen dan pegawai kerajaan.

Ini adalah kali kedua Parlimen itu ditutup.

Kali pertama adalah pada Februari selepas seorang tetamu yang menghadiri majlis di bangunan berkenaan disahkan positif Covid-19.

Setakat ini, Korea Selatan merekodkan lebih 18,000 kes positif dengan lebih 300 kematian.

Pada Khamis, ia merekodkan 441 kes dengan sebahagian besarnya di ibu negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 27, 2020 @ 12:17pm
    d