Asia

Macam mabuk tapi tak mabuk

Oleh Agensi

SHANGHAI: Umpama watak Jackie Chan dalam filem Drunken Master, karakter petinju mabuk sebenarnya wujud di dunia realiti.

Di China, seni bela diri yang unik ini dikenali sebagai zui quan dan mendapat perhatian masyarakat negara itu.

Antaranya, Liu Xuliang yang aktif sebagai atlet dalam seni bela diri berkenaan.

Tidak ada angka yang tepat bagi mengetahui jumlah individu yang berkecimpung dalam sukan tinju mabuk di negara itu.

Liu menganggarkan terdapat 1,000 orang di China berlatih zui quan termasuk di sekolah seni bela diri.

Lelaki berusia 24 tahun terbabit kini menceburi diri dalam bidang berkenaan secara sepenuh masa dan mampu melakukan pelbagai teknik seni bela diri itu.

Bagaimanapun, tidak seperti Jackie Chan dalam filem itu, Liu tidak mabuk ketika beraksi.

Setiap pergerakan seakan seperti tidak disengajakan dan terhuyung-hayang, tetapi kelihatan sempurna.

"Seorang atlet tinju mabuk kelihatan seperti mabuk, tetapi sebenarnya dia tidak mabuk.

"Mereka masih melakukan gerakan yang pantas dan tangkas," katanya seperti dilaporkan South China Morning Post.

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 6:01am
d