Asia

Covid-19: Kes harian seluruh dunia melonjak

Oleh Agensi

Beijing: Kes harian Covid-19 di United Kingdom (UK) semalam mencatatkan 2,919 lagi kes berbanding pada kelmarin dengan 2,659 kes, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara di Beirut, sebanyak 560 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 22,437, manakala tujuh kematian dilaporkan meningkat menjadi 219 orang, lapor Kementerian Kesihatan negara terbabit.

Di Myanmar pula jumlah jangkitan melonjak kepada 2,150 pertambahan 262 lagi kes, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan dan Sukan negara itu.

Di Palestin pula, dilaporkan sebanyak 1,000 kes baharu, meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 37,214.

Tujuh lagi kematian direkodkan, menjadikan 224 orang meninggal dunia setakat ini, sementara 25,483 lagi pulih, kata Menteri Kesihatan Mai al-Kaila dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Perancis berkata hampir 10,000 lebih orang didapati positif Covid-19 dalam masa sehari, menjadikan jumlah keseluruhan 353,944.

Di Baitulmaqdis jumlah kes kini berjumlah 145,526 dengan 4,429 lagi jangkitan baharu dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan Israel.

Ia kenaikan harian tertinggi sejak wabak dikesan di Israel pada akhir Februari, memecahkan rekod sebelumnya 3,590 kes yang didaftarkan pada Selasa.

Di Mesir, 154 jangkitan baharu dilaporkan pada Khamis menjadikan kes keseluruhan di negara ini sebanyak 100,557 manakala 13 lagi pesakit meninggal dunia.

Angka korban pula setakat ini berjumlah 5,590 sementara 908 lagi sembuh menjadikan jumlah pemulihan 81,597.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 11:58am
    d