Asia

Gempa bumi kuat di Jepun

Bernama

Tokyo: Gempa bumi kuat bermagnitud 6 berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10.44 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 148 kilometer tenggara dari Morioka, Jepun pada kedalaman 49 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: September 12, 2020 @ 12:17pm
d