Asia

Aktres Jepun ditemui mati

Oleh Agensi

Tokyo: Pelakon wanita Jepun, Yuko Takeuchi, 40, ditemui mati dipercayai akibat membunuh diri.

Sumber rapat memberitahu ahli keluarga menemui wanita itu dalam tidak sedarkan diri di rumahnya di sini, pada awal pagi Ahad.

Bagaimanapun, tiada nota bunuh diri ditemui di tempat kejadian.

Takeuchi kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Sepanjang bergelar pelakon, Takeuchi meraih pelbagai pengiktirafan.

Ia termasuk pelakon terbaik untuk watak utama pada Anugerah Akademi Jepun, untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2004.

Disiarkan pada: September 27, 2020 @ 12:40pm
d