Asia

11 maut lombong haram runtuh

Oleh BERNAMA

Jakarta: Tanah runtuh di lombong arang batu di wilayah barat Sumatera Selatan, Indonesia semalam meragut 11 nyawa.

Agensi berita Xinhua memetik Ketua Unit Operasi dan Kecemasan Wilayah, Iriansyah sebagai berkata, kejadian berlaku di lombong haram terletak di kampung Tanjung Lalang di daerah Muara Enim, kira-kira 4 petang waktu tempatan.

"Sebelas pelombong tertimbus pada kedalaman kira-kira lapan meter. Lombong arang batu diklasifikasikan sebagai lombong tradisional," katanya.

Keadaan tanah bukit di sekitar lokasi kejadian tidak stabil, semua mayat sudah dijumpai dan dikeluarkan, kata Iriansyah.

Disiarkan pada: October 22, 2020 @ 11:07am
d