Asia

Pengerusi Samsung Electronics meninggal dunia

Oleh AFP

Seoul: Pengerusi Samsung Electronics Lee Kun-hee, 78, yang mentransformasikan firma Korea Selatan itu sebagai syarikat teknologi global, meninggal dunia pada Ahad.

Di bawah kepimpinan Lee, Samsung menjadi pengeluar telefon bimbit dan cip memori terbesar dunia.

Perolehan firma itu ketika ini adalah satu perlima daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan.

Lee sebelum ini terlantar akibat serangan jantung pada 2014.

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 10:44am
d