Asia

Kahwin tiga lelaki dalam tiga bulan

Oleh Agensi

New Delhi: Akibat desakan hidup, seorang wanita berstatus isteri di Aurangabad, Maharashtra sanggup mengahwini tiga lelaki lain secara berturut-turut dalam tempoh tiga bulan sebelum memperdayakan mangsa.

Times of News melaporkan penipuan wanita bernama Vijaya Amrute, 27, itu terbongkar selepas salah seorang mangsa yang juga bekas suaminya, Yogesh Shirsath membuat laporan polis.

Shirsath membuat laporan selepas berasa tertipu apabila Amrute bertindak melarikan diri hanya selepas dua minggu menjadi isterinya, sebelum mengetahui status sebenar Amrute yang sudah berkahwin.

Susulan itu, Amrute ditahan polis, Sabtu lalu untuk disoal siasat.

"Siasatan awal dijalankan mendapati Amrute sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

"Namun, Amrute mengalami masalah kewangan selepas dia dan suaminya hilang pekerjaan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19.

"Disebabkan terdesak, wanita itu bertindak mengahwini tiga lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya," katanya.

Modus operandi wanita itu adalah melarikan diri bersama barangan berharga milik suami, tidak lama selepas berkahwin dengan mangsa.

Difahamkan, Amrute mula melakukan penipuan itu selepas berkahwin dengan Shirsath dan melarikan diri dua minggu kemudian.

Wanita itu kemudiannya berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai Sandeep Darade yang menetap di Raogad Karjat, sebelum melarikan diri.

Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 6:50am
d