Asia

Jemaah luar negara kembali tunaikan ibadah umrah

Oleh BERNAMA

Mekah: Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan Umrah pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 5, 2020 @ 7:57am
    d