Asia

China enggan ucap tahniah kepada Biden

Oleh AFP

Beijing: China enggan mengucapkan tahniah atas kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dan mengatakan bahawa keputusan penuh belum ditentukan.

Walaupun penyandangnya Donald Trump belum mengakui dan melancarkan beberapa cabaran undang-undang, banyak pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Biden dan pasangannya Kamala Harris selepas Demokrat diumumkan sebagai pemenang dan perayaan spontan diraikan di bandar-bandar AS.

Empat tahun Trump di Rumah Putih dikenang dengan perang perdagangan yang mahal dan hubungan yang semakin dingin dengan China, dengan kedua-dua kuasa itu salah menyalahkan bermula dari pandemik Covid-19 kepada rekod hak asasi manusia Beijing di Xinjiang dan Hong Kong.

China, termasuk Rusia dan Mexico belum menyampaikan ucapan tahniah secara rasmi namun, 'maklum mengenai kemenangan Biden'.

"Mengikut pemahaman kami, keputusan pilihan raya ini akan ditentukan mengikut undang-undang dan prosedur AS," kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media harian.

Disiarkan pada: November 9, 2020 @ 6:16pm
d