Asia

Cabul 2 budak konon sepi ditinggal isteri

Oleh Agensi

Jogjakarta: Akibat kesepian kerana ditinggalkan isteri, seorang lelaki berusia 58 tahun dari daerah Imogiri, Indonesia tergamak melampiaskan nafsu dengan mencabul dua budak perempuan yang juga penghuni rumah anak yatim.

Tribunnews melaporkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di sebuah kawasan air terjun.

Bagi memastikan hajatnya tercapai, suspek dilaporkan mengumpan mangsa dengan wang.

Jurucakap Polis Bantul, Aipdha Musthafa Kamal berkata, siasatan mendapati suspek sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali.

"Suspek melakukan perbuatan itu kali pertama pada 1 November lalu dan kali kedua, lima hari berikutnya.

"Kejadian kedua berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di kawasan air terjun yang dijaga oleh suspek.

"Selepas melakukan perbuatan itu, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa," katanya.

Namun, mangsa tidak berdiam diri, sebaliknya mengadu kepada ibu saudaranya yang datang melawatnya di rumah anak yatim.

"Keluarga mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengurus rumah anak yatim sebelum melaporkannya kepada polis.

"Susulan aduan itu, polis menahan suspek untuk disoal siasat.

"Pakar psikologi turut dipanggil bagi memberi bimbingan terhadap suspek," katanya.

Menurut Musthafa, suspek didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Disiarkan pada: November 20, 2020 @ 6:31am
d