Asia

Kapak kepala suami kaki mabuk

Oleh Agensi

Jakarta: Bosan dengan suami yang kaki mabuk, seorang wanita di Nusa Tenggara Timur, Indonesia nekad membunuh lelaki itu dengan kapak.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Polo, Amanuban Selatan, Timor Tengah Selatan, petang semalam, Johana Liu nekad membunuh suaminya, Anderias Nabuasa, 53.

Ketua Polis Amanuban Selatan Made Sudarma Wijaya mengesahkan suspek bertindak sedemikian kerana tidak tahan melihat mangsa mabuk.

Beliau berkata, suspek kerap meminta suaminya menghentikan tabiat buruknya itu namun ia tidak pernah diendahkan.

Katanya, akibat kesal suaminya tidak mengendahkan permintaannya, suspek menghayun kapak ke kepala suaminya.

Susulan kejadian, wanita itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Amanuban Selatan.

Made berkata, mangsa mengalami luka pada bahagian mata kanan dan telinga kiri akibat dihayun dengan kapak.

"Mangsa sempat di bawa ke hospital namun meninggal dunia selepas itu," katanya dalam portal Tribunnews.

Disiarkan pada: December 6, 2020 @ 7:25am
d