Asia

Wajah sebenar 'Angelina Jolie Iran'

Oleh Agensi

Tehran: Wajah sebenar Angelina Jolie Iran yang mendakwa melakukan 50 pembedahan untuk menyerupai bintang Hollywood itu ternyata jauh berbeza berbanding apa terpapar di media sosial.

Rupa sebenar Fatemeh Khishvand, 19, atau dikenali sebagai Sahar Tabar menerusi Instagram dapat dilihat apabila remaja berkenaan tampil dalam satu wawancara khas dengan televisyen di negara itu.

Dia dibebaskan daripada penjara selepas pihak berkuasa berdepan desakan pelbagai pihak yang mendakwa hukuman dikenakan terhadap Fatemeh sebagai tidak adil.

Sebelum ini, Fatemeh dikenakan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan berhubung menghina agama dan mencetuskan keganasan selepas sering kali memuat naik gambarnya yang dikatakan menyamai bintang Hollywood, Angelina Jolie.

The Mirror melaporkan apa yang mengejutkan wajah sebenarnya jauh berbeza dengan gambar di media sosial dan membuktikan dia hanya menggunakan teknik mekap dan perisian Photoshop untuk menyunting gambar.

Ternyata gadis itu memperbodohkan orang ramai dan mengaku menggunakan mekap dan penyuntingan digital untuk kelihatan seperti Angelina Jolie.

Pengguna Instagram sebelum ini menggelarnya sebagai zombie kerana fotonya dengan pipi berongga, hidung terbalik dan penampilan pelik berdasarkan gambar dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Fatemeh tampil bergambar bersama ibunya selepas dibebaskan dengan jaminan apabila kerajaan Iran melakukan pusingan U apabila membebaskannya dari penjara selepas menerima tekanan daripada media.

Fatemah menjadi bintang media sosial kerana gambarnya yang diputarbelitkan untuk menipu orang ramai kononnya dia melakukan pembedahan.

Remaja terbabit yang mempunyai 500,000 pengikut, kini kembali ke rumah bersama keluarga di Tehran, lapor agensi berita Rokna yang dikendalikan kerajaan ketika menyiarkan wawancara dengan remaja itu.

Wartawan Iran Masih Alinejad menulis di Twitter pembebasan Fatemah berlaku selepas 'menerima tekanan media secara besar-besaran'.

Gadis itu ditahan pada 2019 atas tuduhan antara lain meraih pendapatan menerusi cara salah.

Disiarkan pada: December 21, 2020 @ 7:20am
d