Asia

2 hakim wanita ditembak mati

Oleh AFP

Kabul: Dua hakim wanita Afghanistan yang bertugas di Mahkamah Agung ditembak mati kumpulan bersenjata di ibu negara itu, hari ini.

Jurucakap mahkamah Ahmad Fahim Qaweem memberitahu AFP bahawa, serangan itu berlaku ketika hakim dalam perjalanan ke pejabat mereka menaiki kenderaan mahkamah.

"Sedih, kami kehilangan dua hakim wanita dalam serangan hari ini. Pemandu mereka cedera," katanya.

Untuk rekod, terdapat lebih 200 hakim wanita yang bekerja untuk mahkamah tertinggi negara itu.

Polis Kabul mengesahkan serangan maut berkenaan namun belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai serangan itu.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Peguam Negara turut mengesahkan dua wanita yang terbunuh itu adalah hakim bertugas di Mahkamah Agung negara berkenaan.

Keganasan di Afghanistan melonjak dalam beberapa bulan terakhir malah trend pembunuhan membabitkan tokoh berprofil tinggi di negara itu menimbulkan ketakutan dan kekacauan.

Disiarkan pada: January 17, 2021 @ 2:12pm
d