Asia

Merapi meletus lagi

Oleh AFP

Jakarta: Salah satu gunung berapi paling aktif dunia, Gunung Merapi di Indonesia kembali meletus pada Rabu.

Ia menyebabkan asap dan debu tebal dilihat dari kawah gunung berkenaan.

Agensi geologi negara itu melaporkan ada saksi menyatakan debu panas itu tersebar di kawasan sejauh tiga kilometer (km) dari puncak gunung berkenaan.

Susulan kejadian, pihak berkuasa mengarahkan penduduk tidak berada di zon kawasan lima km dari gunung itu.

Selain itu, amaran mengenai kemungkinan aliran lava juga dikeluarkan.

Letusan utama gunung itu kali terakhir pada 2010 yang membunuh 300 orang dan memaksa 280,000 penduduk di kawasan sekitarnya dipindahkan.

Ia adalah letusan paling kuat sejak 1930 yang membunuh 1,300 orang, manakala letusan pada 1994 meragut 60 nyawa.

Indonesia terletak dalam lingkaran gunung berapi Pasifik yang sering mencetuskan letusan gunung berapi.

Negara kepulauan itu mempunyai hampir 130 gunung berapi yang aktif.

Disiarkan pada: January 28, 2021 @ 8:34am
d