Asia

PBB kutuk penahanan Suu Kyi

Oleh AFP

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar menahan pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi.

"Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, Presiden (Myanmar U Win Myint) dan pemimpin politik lain ketika Parlimen negara itu akan bersidang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan itu adalah satu tamparan kepada reformasi politik di Myanmar.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat pada Ahad menggesa tentera Myanmare untuk segera membebaskan pemimpin berkenaan dan memberi amaran mengenai tindak balas yang akan diambil Washington.

Disiarkan pada: February 1, 2021 @ 12:08pm
d