Asia

Dibunuh miliki akaun Snapchat

Oleh Agensi

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditanam di padang pasir oleh abangnya hanya kerana mangsa mempunyai aplikasi Snapchat.

Portal The Sun melaporkan kakak mangsa, Manal mendakwa abangnya, Ahmed dan Nasir membunuh adiknya dikenali sebagai Qamar, 26, selepas menyedari mangsa mempunyai akaun Snapchat.

Dakwaan Manal itu mengejutkan pengguna di media sosial sebelum dia memadamkan beberapa ciapannya di Twitter.

Malah, Manal turut memuat naik gambar tangan berlumuran darah dipercayai milik adiknya dan video ibunya meraung sebaik jenazah Qamar ditemui.

Selepas menimbulkan kekecohan di media sosial, Manal kembali dalam satu ciapan dengan mengatakan dia sihat.

"Selamat pagi, saya sihat dan menyerahkan kes ini kepada undang-undang," ciapnya.

Disiarkan pada: February 2, 2021 @ 7:05am
d