Asia

Pernikahan pilu

Oleh Agensi

Jakarta: Memilukan apabila seorang wanita berasal dari Blora, Jawa Tengah melangsungkan hari bahagia tanpa ibu bapanya yang meninggal dunia menjelang tarikh pernikahan.

Tribunnews melaporkan kisah wanita dikenali Arum itu mendapat perhatian warganet selepas video akad nikahnya di sisi ambulans jenazah bapanya tular di laman sosial.

Video itu dimuat naik oleh saudaranya, Tinny di TikTok dan meraih lebih sejuta tontonan dengan rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih selepas menontonnya.

"Dia (Arum) dinikahkan bersebelahan van ambulans yang membawa jenazah ayahnya," kata Tinny kepada pemberita.

Mengikut perancangan, Arum yang juga anak tunggal dalam keluarga dan pasangannya bercadang melangsungkan pernikahan pada 25 Mac depan, tetapi diawalkan pada Selasa lalu.

Majlis pernikahan diadakan di depan rumah dan turut dihadiri ahli keluarga terdekat. Difahamkan, ibu Arum terlebih dulu meninggal dunia di hospital. Tiga hari kemudian, bapanya pula meninggal dunia di rumah.

Disiarkan pada: February 7, 2021 @ 7:40am
d