Asia

Simpan mayat ibu di bumbung rumah

Oleh Agensi

Seoul: Simpan mayat ibu selama 30 tahun.

Itu tindakan lelaki di Dongdaemun di sini, yang mengaku menyimpan mayat ibunya di dalam tong di bumbung rumah, lapor Yonhap News Agency.

Menurut polis tempatan, lelaki itu tinggal di rumah terbabit.

Ketika disoal siasat, dia mengaku menyimpan mayat itu kerana terlalu sayang.

Pada mulanya, mayat wanita itu ditemui pekerja pembersihan di dalam tong di tingkat tiga di rumah berkenaan.

Pekerja itu melaporkan penemuan itu kepada polis.

Susulan kejadian, polis memulakan siasatan pada 10 Februari lalu.

Berdasarkan siasatan, mayat wanita itu ditemui dibungkus dengan kain putih dan disaluti bahan organik seperti lilin.

Pasukan penyiasat yakin pemuda terbabit bercakap benar ketika memberi keterangan kepada polis.

Bagaimanapun, pasukan forensik mengambil sampel untuk ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan hubungan antara lelaki itu dan mangsa.

Polis juga meneliti kemungkinan membatalkan dakwaan terhadap lelaki berkenaan.

Sementara siasatan dijalankan, pemuda berkenaan ditempatkan di pusat jagaan.

Dalam pada itu, ahli keluarga lain memutuskan untuk mengebumikan mayat ibu mereka selepas siasatan kes selesai.

Disiarkan pada: February 25, 2021 @ 6:30am
d