Asia

Suu Kyi muncul kali pertama sejak ditahan

Oleh AFP

Yangon: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dibawa ke mahkamah pada Isnin, pertama kali, sejak ditahan pihak berkuasa tentera Myanmar, sebulan lalu.

Kemunculan Suu Kyi itu berlaku ketika penunjuk perasaan berdemonstrasi di jalanan untuk menentang kuasa Junta, pada Ahad.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut pada Ahad dengan polis dan tentera menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan di beberapa bandar di Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Suu Kyi, 75, hadir di mahkamah dalam keadaan sihat, menurut peguamnya Maung Zaw kepada AFP.

Pemimpin terkenal terbabit ditahan di Naypyidaw sebelum ditahan awal pagi dan tidak lagi kelihatan di tempat umum sejak itu.

Disiarkan pada: March 1, 2021 @ 4:00pm
d