Asia

Covid-19: Jemaah haji perlu divaksin

Oleh Agensi

Riyadh: Bakal haji yang akan menjalani Rukun Islam kelima itu tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata laporan tempatan.

Menteri Kesihatannya, Tawfiq al-Rabiah berkata, 'vaksin wajib' itu adalah sebahagian daripada syarat untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Bagaimanapun, Rabiah tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Haji adalah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan dituntut menunaikannya sekali seumur hidup.

Sekurang-kurangnya 2.5 juta umat Islam seluruh dunia menunaikan haji setiap tahun.

Namun, tahun lalu, Riyadh membuat keputusan bersejarah apabila mengehadkan bilangan jemaah ekoran Covid-19.

Pada tahun lalu, dua pertiga daripada jemaah adalah penduduk asing, manakala satu pertiga pula adalah kakitangan keselamatan dan kesihatan Arab Saudi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 3, 2021 @ 9:44am
    d