Asia

Kematian tiada kaitan langsung dengan vaksin AstraZeneca

Oleh Agensi

Seoul: Korea Selatan pada Isnin merumuskan bahawa tiada kaitan langsung antara kes individu yang meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin, dengan vaksin AstraZeneca.

Forbes melaporkan ia dinyatakan oleh pegawai kesihatan negara itu sekali gus mengesahkan keselamatan suntikan vaksin berkenaan.

Kes kematian berkenaan menimbulkan kebimbangan terhadap penerima vaksin berkenaan dalam kalangan warga tua dan individu yang mempunyai sejarah penyakit.

Media sebelum ini melaporkan Korea Selatan akan menjalankan siasatan rapi berhubung kematian lima rakyatnya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri Chung Sye-kyun meminta masyarakat untuk terus memberikan kepercayaan kepada kempen vaksinasi yang dijalankan sejak akhir bulan lalu.

Dua pesakit yang menerima rawatan lanjut di hospital wilayah Gyeonggi berhampiran Seoul maut selepas menerima suntukan vaksin AstraZeneca.

Kematian seterusnya dilaporkan di Daejeon, dan dua lagi di Jeolla Utara dan mereka mempunyai sejarah penyakit.

Jurucakap rasmi kesihatan berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca kematian sama ada ia disebabkan kesan sampingan vaksin atau sebaliknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 9, 2021 @ 10:31am
    d