Asia

Bakar kereta bekas isteri akibat dendam

Oleh Agensi

Bangkok: Akibat dendam, seorang lelaki di Thailand membakar kenderaan dinaiki bekas isteri dan kekasih baharu wanita itu.

Ketika kejadian, suspek dikenali sebagai Niwat Chankaew ternampak pikap bekas isterinya di sebuah stesen minyak di wilayah Nakhon Si Thammarat.

Dia marah apabila melihat wanita itu bersama lelaki lain.

Katanya, dia pulang ke rumahnya dan membawa bom buatan tangan sebelum melemparkan bahan bakar itu ke arah pikap berkenaan.

Ketika itu, bekas isteri dan kekasih wanita itu nyenyak tidur di dalamnya.

"Saya sedia dipenjarakan tetapi dia harus 'membayar' apa yang dia hutang dengan saya, jadi barulah adil," katanya dalam portal The Sun.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melarikan diri selepas melemparkan bom petrol ke arah sebuah kenderaan.

Rakaman itu menunjukkan kebakaran itu merebak pantas dengan lelaki berbaju-T merah itu melarikan diri.

Wanita itu, Pattarapond Kongsidee, 26, dan kekasihnya terselamat.

Menurut wanita itu, dia dan pasangannya tertidur dalam pikap itu ketika mereka berhenti berehat selepas membuat penghantaran buah-buahan.

Disiarkan pada: May 2, 2021 @ 6:32am
d