Asia

Cinta bapa, bakal ibu mentua!

Oleh Agensi

Gujarat: Bakal pengantin terpaksa membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas bapa dan bakal ibu mentuanya menjalinkan hubungan cinta.

The Times of India melaporkan pasangan itu sebelum ini sudah merancang untuk berkahwin sejak setahun lalu.

Namun tanpa disedari, bapa pengantin lelaki itu menjalinkan hubungan dengan ibu bakal isterinya.

Segala persiapan juga sudah dibuat untuk majlis perkahwinan mereka namun terpaksa dibatalkan secara mengejut.

Bapa pengantin lelaki berusia 48 tahun adalah usahawan tekstil, manakala pasangannya berusia 46 tahun.

Pasangan bapa dan ibu pengantin kemudian dilaporkan hilang tidak lama sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Keadaan menjadi kecoh sehingga keluarga terpaksa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ahli keluarga pengantin memaklumkan, pasangan bapa dan ibu pengantin sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Mereka berkawan dan tinggal di daerah yang sama sejak sekian lama.

"Kami tidak mengetahui status hubungan mereka sama ada sudah bernikah atau sebaliknya selepas lari meninggalkan keluarga," katanya.

Disiarkan pada: May 30, 2021 @ 6:50am
d