Asia

Covid-19: India catat kes baharu terendah dalam 2 bulan

Oleh BERNAMA

New Delhi: India mencatatkan 152,734 kes baharu Covid-19, jumlah kes harian terendah dalam tempoh 50 hari lalu, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga negara itu pada Isnin, lapor Sputnik.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan melebihi 27.9 juta orang, dengan lebih 25.5 juta sudah sembuh dan lebih 2 juta lagi masih bertarung nyawa.

Menurut data terkini itu, jumlah kematian meningkat kepada 329,100.

\

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 31, 2021 @ 5:24pm
    d