Asia

Sorok suami mati demi duit pencen

Oleh Agensi

Beijing: Seorang wanita di Shanghai tergamak menyembunyikan kematian suaminya lebih enam tahun semata-mata untuk menerima faedah wang pencen lelaki itu.

KNews melaporkan, lebih kejam, mayat lelaki itu tidak dituntut di bilik mayat hospital dan hanya dibiarkan saja oleh wanita itu.

Mendiang suaminya dikenali sebagai Zhong menderita hemiplegia (kelumpuhan sebelah bahagian badan) dan pengsan di rumah pada Disember 2009, kata satu laporan.

Dia ditinggalkan keluarganya di hospital dan meninggal dunia pada Ogos 2015.

Kematiannya tidak diketahui sesiapa hingga bancian penduduk negara dibuat, baru-baru ini.

Seorang kakitangan dari bancian penduduk setempat memberitahu media wanita dikenali sebagai Qian menolak menandatangani borang bancian dan mendakwa suaminya tinggal di rumah jagaan.

Qian menolak dakwaan itu dengan alasan dia sudah memberitahu pihak berkuasa suaminya hilang dan mencari lelaki itu selama ini.

Ketika ditanya mengapa dia tidak membuat laporan kepada polis untuk mengubah status kediaman suaminya selepas kematian lelaki itu, Qian mendakwa, dia tidak tahu suaminya sudah meninggal dunia.

Disiarkan pada: June 6, 2021 @ 6:02am
d