Asia

Perkenal 4 hari bekerja seminggu

Oleh Agensi

Tokyo: Jepun bakal memperkenalkan kaedah empat hari seminggu bekerja untuk warganya.

Ia dibuat untuk menyeimbangkan kehidupan pekerja yang bekerja keras sehingga jatuh sakit.

Ada dalam kalangan pekerja yang dilaporkan membunuh diri kerana tekanan yang diterima di tempat kerja.

Oleh sebab itu, kerajaan Jepun berusaha untuk mewujudkan suasana kerja dan kehidupan yang lebih seimbang.

Selain itu, keputusan berkenaan dibuat selaras dengan keupayaan pihak berkuasa untuk mencegah pandemik Covid-19.

Pemimpin politik berharap keputusan itu akan membolehkan majikan memberikan waktu kerja yang lebih efisien kepada pekerja.

Antara cadangan terbabit adalah pengurangan waktu kerja atau kerja dari rumah.

Tokyo memaklumkan kerangka baharu itu mampu untuk membolehkan pekerja mengambil cuti untuk urusan kesihatan keluarga.

Pekerja juga boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu untuk menaik taraf kehidupan serta pendapatan mereka.

Malah, pengurangan waktu kerja juga diharap dapat meningkatkan kadar kelahiran di negara matahari terbit itu.

Disiarkan pada: June 28, 2021 @ 6:30am
d