Asia

Isteriku rupanya transgender

Oleh Agensi

New Delhi: Seorang lelaki bertindak menyaman 'isteri,' keluarga mentua dan perunding perkahwinan selepas tertipu kerana berkahwin dengan seorang transgender.

Lelaki yang menetap di Bandar Kanpur, Uttar Pradesh itu membuat laporan polis untuk memfailkan saman berkenaan, selepas dua bulan berkahwin.

Dia mendakwa keluarga mentuanya tidak mendedahkan identiti sebenar isterinya.

Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis pada 28 April lalu.

Lelaki itu yang enggan dikenali itu mendakwa rahsia itu hanya terbongkar selepas membawa isterinya menerima rawatan ginekologi.

Selepas menerima laporan perubatan isterinya, lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan.

Menurut portal India.com Ketua Polis Kunj Bihari Mishra berkata, lelaki itu berkahwin dengan 'wanita' dari kawasan Panki.

"Selepas berkahwin, pasangan itu berasa tidak selesa untuk melakukan hubungan intim dan pengantin wanita mendakwa mempunyai masalah kesihatan.

"Selepas beberapa hari, lelaki itu mula berasa curiga dengan alasan diberikan wanita terbabit," katanya.

Beliau berkata, tidak berpuas hati, lelaki terbabit kemudian membawa isterinya untuk menjalani pemeriksaan.

Namun, ia menjadi kejutan buat lelaki terbabit selepas doktor mengesahkan isterinya itu sebenarnya adalah individu transgender.

"Saman itu difailkan terhadap lapan individu termasuk keluarga mentua dan kes masih dalam siasatan.

"Tindakan lanjut akan dibuat berdasarkan hasil siasatan," katanya.

Menerusi samannya, lelaki itu mendakwa isterinya bukan seorang wanita secara genetik dan tidak berupaya melakukan hubungan intim.

Disiarkan pada: June 30, 2021 @ 6:30am
d