Asia

Junta Myanmar janji pilihan raya Ogos 2023

Oleh AFP

Yangon: Junta Myanmar mengesahkan pilihan raya negara itu akan diadakan pada Ogos 2023.

Ia sekali gus menamatkan darurat dan tempoh pemerintahan tentera dilanjutkan selepas pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi digulingkan enam bulan lalu.

Negara itu berada dalam kekacauan sejak Februari lalu dan tindakan keras dikenakan hingga mengakibatkan lebih 900 orang terbunuh.

Lebih memburukkan keadaan, kes jangkitan Covid-19 terus meningkat ketika kakitangan hospital prodemokrasi melakukan mogok dan Bank Dunia meramalkan ekonomi akan merosot hingga 18 peratus.

Dalam ucapan disiarkan di televisyen, ketua junta, Min Aung Hlaing, menegaskan peruntukan dalam undang-undang darurat akan diteruskan sehingga Ogos 2023.

"Saya berjanji untuk mengadakan pemilihan pelbagai parti, tanpa gagal," katanya.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan Myanmar berada dalam genggaman tentera selama hampir tiga tahun, bukan seperti dinyatakan sebelum ini.

Tentera menggunakan kuasanya dengan mendakwa berlaku penipuan besar-besaran ketika pilihan raya yang menyaksikan parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) Suu Kyi menang.

Tentera juga mendakwa menemukan lebih 11 juta undi yang fitipu.

Di seluruh Myanmar, penduduk menyertai demonstrasi hari ini, enam bulan selepas tentera melancarkan serangan yang menamatkan tempoh satu dekad demokrasi.

Penunjuk perasaan di bandar utara Kale memegang sepanduk 'kekuatan untuk revolusi' sementara penunjuk perasaan melepaskan tembakan pada perarakan di ibu kota komersial Yangon.

Puluhan ribu penjawat awam dan pekerja dipecat kerana menyertai demonstrasi.

NLD mendakwa sokongan terhadap parti itu meningkat pada pilihan raya 2020 berbanding 2015.

Dalam laporan mengenai pemilihan 2020, kumpulan pemantau Asian Network for Free Elections mengatakan pilihan raya 'pada umumnya, mewakili kehendak rakyat'.

Disiarkan pada: August 1, 2021 @ 3:32pm
d